DROPSHIP SERIEMAS - Seriemas
Double Tap To Zoom
DROPSHIP SERIEMAS
MYR 3.00 MYR 10.00
Quantity
Estimated Delivery Time
Estimated Delivery Time

FAQ DROPSHIP SERIEMAS

1) Apakah keahlian Dropship Affiliate Seriemas dan berapakah YURAN DROPSHIP Seriemas?

Program dropship affiliate memberi komisen secara terus kepada akaun bank anda melalui sistem yang disediakan oleh Avana sekiranya ada orang melakukan pembelian hasil dari klik URL yang anda kongsikan. Jika mendaftar sebagai affiliate Seriemas , anda akan menerima panel sistem di mana membolehkan anda kongsikan produk Seriemas melalui facebook, twitter, instagram, group whatsapp, telegram dan sebagainya.

 

Yuran Dropship Seriemas adalah berjumlah RM10. Memandangkan sistem telah di set dengan caj shipping, maka admin telah meletakkan harga RM3 dan kemudian akan dicaj dengan shipping menjadi RM7. Total Dropship adalah RM10.

2) Setelah saya membuat pembayaran yuran RM10 sebagai dropship Seriemas, apakah langkah seterusnya?

Setelah menerima bayaran yuran Dropship, admin akan menghantar Langkah untuk mendaftar sebagai Dropship affiliate Seriemas melalui whatsapp dan email anda. Pendaftaran boleh dilakukan dengan menggunakan telefon bimbit sahaja.

3) Berapakah keuntungan DROPSHIP?

Keuntungan kekal Dropship adalah 15%. Tetapi pada masa promosi tertentu, keuntungan adalah 15%-30%. Perkara ini akan diumumkan di page rasmi Seriemas iaitu www.facebook.com/Seriemas2u / Gel Mandian Sidr Bidara Seriemas Hq

*kenaikan margin keuntungan mungkin dibuat ketika promosi produk pada masa tertentu sahaja.

4) Macamana nak kekalkan Dropship Seriemas?

 Keahlian Dropship Seriemas akan aktif selagi Dropship buat jualan terkumpul dalam masa 3 bulan berturut-turut berjumlah RM 300. Sistem akan automatik akan menyikngkirkan Dropship sekiranya tidak mencapai jualan yang ditetapkan. Tetapi sebagai tanda penghargaan pernah menjadi Dropship, admin akan memberikan COUPON CODE sebagai MEMBER SERIEMAS.

5) Apakah kategori produk Seriemas yang boleh dijual oleh Dropship Seriemas?

Dropship boleh menjual semua produk Seriemas yang berada dalam kategori DAUN BIDARA / SIDR LEAVES .

Manakala produk kategori LIMITED EDITION tidak dapat dijual oleh Dropship. Limited edition bermaksud keluaran khas dalam kuantiti yang sedikit dikeluarkan oleh Seriemas bagi tujuan pemasaran jenama.

6) Sekiranya saya adalah Agent Seriemas, bolehkah saya menjadi Dropship Seriemas?

BOLEH. Dropship menggunakan app Avana untuk login kepada sistem Dropship. Manakala Agent Seriemas perlu menggunakan Chrome.

Cara login Agent: Taip manage.avana.asia menggunakan chrome. Kerap kali menggunakan kedua-dua cara ini untuk berniaga akan membuatkan anda terbiasa dengan kedua-dua sistem ini dan memudahkan untuk membuat jualan.

Best viewed in Chrome Browser. Login to AVANA Dashboard.
Copyright Reserved 2020
Powered with
by AVANA
Click Below To Share